PROGRAM AFFILIATE TERBARU!! DAFTAR PERCUMA, BONUS LUMAYAN!

BAHAGIAN 1

PENGENALAN FOREX

Tuesday, March 31, 2009

KELEBIHAN FOREX BERBANDING PASARAN KEWANGAN LAIN

Ada banyak kebaikan dan kelebihan untuk kita trading Forex berbanding lain-lain pasaran kewangan. Antaranya ialah:

1) Tiada Komisen.
  • Tak perlu yuran tukaran,
  • Tak perlu yuran kerajaan,
  • Broker mengambil keuntungan daripada ‘bid-ask spread’ (akan diajar di bahagian lain)
2) Tiada Middlemen (orang tengah).
  • Trading matawang secara ‘spot’ akan menghapuskan peranan orang tengah.
  • Trader akan terus dihubungkan dengan pasaran yang menentukan harga sesuatu pasangan matawang (pair).
3) Saiz Lot Yang Fleksibel.

  • Dalam Pasaran Hadapan (Future Market), lot atau saiz kontrak telah ditetapkan dan ia tidak fleksibel. Contohnya saiz standart untuk Perak adalah 5000 oz.
  • Dalam Forex spot, anda menentukan sendiri saiz lot yang anda mahukan mengikut kehendak anda selagi modal anda mencukupi untuk melakukan urusniaga tersebut.
  • Saiz lot yang boleh ditentukan sendiri ini membolehkan anda memulakan trade dengan modal serendah USD1 – mengikut broker. (saya akan menerangkan kemudian mengapa anda tidak digalakkan untuk memulakan urusniaga Forex berbekalkan modal sebanyak USD1).
4) Kos Transaksi Yang Rendah.

  • Kos transaksi yang rendah di mana broker hanya akan mengambil ‘bid-ask spread’ sebagai hasil mereka.
  • Bid-ask spread ini adalah beza antara harga bid dan ask. Kita akan belajar mengenai bid-ask spread ini secara detail dalam bahagian lain nanti.

5) Pasaran 24 Jam Sehari.

  • Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari mengikut sesi dagangan dunia (bermula 7.00am –Tokyo dibuka, dan berakhir jam 5.00 am keesokannya –New York ditutup).
  • Waktu dagangan 24 jam ini juga memberi kemudahan kepada trader yang mempunyai pekerjaan tetap untuk melakukannya secara sambilan diluar waktu kerja mereka.
6) Tidak berlaku penyelewengan dalam harga pasaran.

  • Pasaran Forex adalah terlalu besar dan mempunyai terlalu ramai peserta (daripada bank-bank hinggalah kepada trader kecil seperti kita).
  • Tidak ada sesiapa pun yang mampu mengawal harga pasaran. Jadi tidak akan berlaku sebarang penyelewengan oleh individu mahupun broker dalam penentuan harga pasaran.Jangan bimbang..
7) Leverage

  • Dalam urusniaga Forex, walaupun anda mempunyai nilai deposit (modal/margin) yang kecil, tetapi dengan bantuan leverage yang diberikan oleh broker, maka anda mampu bermain dengan saiz kontrak yang besar seterusnya membuat keutungan lebih banyak.
  • Tanpa bantuan leverage dari broker, anda tidak akan dapat melibatkan diri dalam ‘permainan’ ini. Kecualilah jika anda memang seorang yang terlalu kaya dan memiliki modal sekurangnya USD10 000.
8) Kecairan yang tinggi.

  • Forex adalah satu pasaran yang cukup cair.
  • Anda tidak perlu menunggu lama untuk menjual dan membeli satu-satu currency pair.
  • Hanya klik tetikus computer anda dan urusniaga anda akan terus dilaksanankan dalam masa beberapa saat sahaja.
  • Anda tidak perlu risau untuk mencari penjual dan pembeli untuk melakukan urusniaga tersebut.


9) Akaun ‘demo/praktis’, berita, carta, dan analisis percuma.

  • Kebanyakan Broker Forex online menyediakan akaun ‘demo’ untuk anda membuat latihan urusniaga, beserta berita terkini dan carta harga pasaran.
  • Semuanya adalah percuma.
  • Ia adalah bagus untuk trader-trader yang baru mengenali forex kerana berkesempatan melakukan urusniaga dengan wang ‘mainan’ yang diberikan oleh broker.
  • Anda boleh berlatih sehingga mahir berurusniaga dengan wang mainan tersebut sebelum mendeposit dengan wang sebenar dalam akaun ‘real’.