PROGRAM AFFILIATE TERBARU!! DAFTAR PERCUMA, BONUS LUMAYAN!

BAHAGIAN 1

PENGENALAN FOREX

Monday, March 30, 2009

APAKAH YANG DINIAGAKAN DALAM FOREX??

- Hanya satu jawapan yang mudah iaitu – ‘DUIT’.
- Berdagang dalam Forex adalah bermakna kita membeli satu matawang dan dalam masa yang sama kita menjual matawang lain.

CONTOH MUDAH:

Anda pergi ke bank dan menukarkan RM3.80 kepada USD1. Ini bermakna anda membeli US Dolar (USD1) dan dalam masa yang sama tanpa anda sedari, anda sebenarnya telah menjual Ringgit Malaysia (RM3.80) yang anda bawa tadi.

- Pasaran Forex boleh dikatakan sebagai satu OTC (Over-The-Counter) atau pasaran Antara Bank (Interbank) berdasarkan kepada fakta bahawa keseluruhan pasaran ini dilaksanakan secara elektronik, di dalam jaringan bank-bank, serta berterusan selama 24 jam sehari.

- Sehingga lewat tahun 1990an, hanya para peniaga besar, bank, dan syarikat besar yang boleh bermain ‘permainan’ ini kerana untuk melibatkan diri dalam permainan ini, anda memerlukan modal permulaan sekurangnya USD10 juta.

- Bagaimanapun, dengan kemajuan dan peningkatan dalam teknologi internet, firma-firma dagangan forex kini membuka peluang kepada ‘trader-trader’ kecil seperti kita untuk melibatkan diri dalam dagangan ini secara online.

- Segala yang anda perlukan untuk memulakannya adalah

o Sebuah computer
o Sambungan internet
o Pengetahuan mengenai asas dan teknikal forex.

No comments:

Post a Comment