1) Tiada Komisen.
- Tak perlu yuran tukaran,
- Tak perlu yuran kerajaan,
- Broker mengambil keuntungan daripada ‘bid-ask spread’ (akan diajar di bahagian lain)
- Trading matawang secara ‘spot’ akan menghapuskan peranan orang tengah.
- Trader akan terus dihubungkan dengan pasaran yang menentukan harga sesuatu pasangan matawang (pair).
- Dalam Pasaran Hadapan (Future Market), lot atau saiz kontrak telah ditetapkan dan ia tidak fleksibel. Contohnya saiz standart untuk Perak adalah 5000 oz.
- Dalam Forex spot, anda menentukan sendiri saiz lot yang anda mahukan mengikut kehendak anda selagi modal anda mencukupi untuk melakukan urusniaga tersebut.
- Saiz lot yang boleh ditentukan sendiri ini membolehkan anda memulakan trade dengan modal serendah USD1 – mengikut broker. (saya akan menerangkan kemudian mengapa anda tidak digalakkan untuk memulakan urusniaga Forex berbekalkan modal sebanyak USD1).
- Kos transaksi yang rendah di mana broker hanya akan mengambil ‘bid-ask spread’ sebagai hasil mereka.
- Bid-ask spread ini adalah beza antara harga bid dan ask. Kita akan belajar mengenai bid-ask spread ini secara detail dalam bahagian lain nanti.
5) Pasaran 24 Jam Sehari.
- Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari mengikut sesi dagangan dunia (bermula 7.00am –Tokyo dibuka, dan berakhir jam 5.00 am keesokannya –New York ditutup).
- Waktu dagangan 24 jam ini juga memberi kemudahan kepada trader yang mempunyai pekerjaan tetap untuk melakukannya secara sambilan diluar waktu kerja mereka.
- Pasaran Forex adalah terlalu besar dan mempunyai terlalu ramai peserta (daripada bank-bank hinggalah kepada trader kecil seperti kita).
- Tidak ada sesiapa pun yang mampu mengawal harga pasaran. Jadi tidak akan berlaku sebarang penyelewengan oleh individu mahupun broker dalam penentuan harga pasaran.Jangan bimbang..
- Dalam urusniaga Forex, walaupun anda mempunyai nilai deposit (modal/margin) yang kecil, tetapi dengan bantuan leverage yang diberikan oleh broker, maka anda mampu bermain dengan saiz kontrak yang besar seterusnya membuat keutungan lebih banyak.
- Tanpa bantuan leverage dari broker, anda tidak akan dapat melibatkan diri dalam ‘permainan’ ini. Kecualilah jika anda memang seorang yang terlalu kaya dan memiliki modal sekurangnya USD10 000.
- Forex adalah satu pasaran yang cukup cair.
- Anda tidak perlu menunggu lama untuk menjual dan membeli satu-satu currency pair.
- Hanya klik tetikus computer anda dan urusniaga anda akan terus dilaksanankan dalam masa beberapa saat sahaja.
- Anda tidak perlu risau untuk mencari penjual dan pembeli untuk melakukan urusniaga tersebut.
9) Akaun ‘demo/praktis’, berita, carta, dan analisis percuma.
- Kebanyakan Broker Forex online menyediakan akaun ‘demo’ untuk anda membuat latihan urusniaga, beserta berita terkini dan carta harga pasaran.
- Semuanya adalah percuma.
- Ia adalah bagus untuk trader-trader yang baru mengenali forex kerana berkesempatan melakukan urusniaga dengan wang ‘mainan’ yang diberikan oleh broker.
- Anda boleh berlatih sehingga mahir berurusniaga dengan wang mainan tersebut sebelum mendeposit dengan wang sebenar dalam akaun ‘real’.